Janda Versus Single Mom
Dulu dia seorang isteri.
Kini dia seorang janda.
Ramai orang kata, perkataan janda itu membawa konotasi negatif atau stigma, maka lebih elok janda disebut single mom. Lebih sopan, menurut kata mereka.
Ya, benar. Perkataan janda itu agak sensitif dan membawa stigma dalam masyarakat (stigma: sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban).
Sebaliknya, isteri, janda mahupun single mom hanyalah status, bukannya karakter. Tiada siapa yang paling mulia antara mereka kecuali mukmin yang bertakwa.
Hakikatnya, zaman ini, ramai perempuan berstatus isteri tidak pandai menjaga maruah diri seolah-olah sudah hilang rasa malu. Isteri-isteri orang bertebaran di media sosial menayangkan diri secara public, bukan lagi untuk tatapan eksklusif si suami.
Maka benarlah, isteri, janda mahupun single mom hanyalah status, bukannya karakter.
Bagi mereka yang benar-benar faham agama, menjadi janda bukan satu dosa mahupun kehinaan, kerana isteri pertama manusia paling mulia dan agung iaitu Nabi Muhammad SAW adalah seorang janda iaitu Saiditina Khadijah binti Khuwalid RA.
Hanya satu yang pasti,
Memilih menjadi janda adalah satu keberanian.
Mungkin juga ia satu kejayaan dan pencapaian dalam hidup kerana berani membuat satu keputusan besar untuk menamatkan satu hubungan yang toksik lagi merosakkan.
Pedulikan, kerana yang membeli beras adalah kita.
Keep moving forward,
bina masa depan yang tertangguh.
Kesendirian itu satu kemewahan.

