Pages

22 Sept 2013

Seorang Pekerja bank Wanita miliki 42 kad kredit?

Aku dulu ada 3 kad kredit tetapi sekarang tinggal 2. Tak larat dah nak buat koleksi....tapi ada sorang minah ni ada 42 kad kredit...perghhhh!

Menurut Pegawai Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Muhammad Rapidi Mohd Darus, beliau pernah memberikan kaunseling kepada seorang pekerja wanita bank tempatan yang memiliki 42 kad kredit!

Ini bermaksud wanita itu memohon kad kredit daripada semua bank komersial yang beroperasi di negara ini,”

Muhammad Rapidi Mohd Darus berkata ketika membentangkan tajuk ‘Fenomena Muflis Dalam Golongan Muda di Malaysia’ pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan anjuran Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) di Auditorium Karangkraf, Shah Alam, petang semalam.

Menurut Rapidi, keadaan ini berlaku kerana permohonan kad kredit tidak dikawal Bank Negara dan institusi perbankan komersial bersaing menawarkan perkhidmatan tersebut ekoran pulangan yang menarik.



Beliau menjelaskan, ramai anak muda Melayu yang mengalami kebankrapan setelah dua atau tiga tahun bekerja. Fenomena ini, ujarnya diakibatkan daripada sikap berbelanja boros dan tidak mengikut kemampuan.

Rapidi memberi contoh kecenderungan anak muda Melayu bekerjaya memakai kereta berjenama mewah walaupun baru memiliki pekerjaan.

“Dengan gaji yang tidak seberapa, mereka dibebankan dengan bayaran semula pinjaman, minyak dan kos penyelenggaraan,” katanya.

Itulah...pepatah ada menyebut - UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI tapi tak mau pakai. Cipta pulak pepatah baru BIAR PAPA KEDANA ASAL BERGAYA!



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks