Pages

2 Dec 2013

3 beradik perempuan kemungkinan dirog*l kemudian dibun*h dengan kejam


Boleh kata tiap-tiap hari ada saja berita orang mati dibunuh kat Malaysia ni. Yang terbaru ni berlaku di Kedah negeri jelapang padi pasal 3 beradik yang dilaporkan hilang pada malam Jumaat, 29 November 2013, kemudian ditemui mati pada petang 1 Disember 2013. Lokasi mayat mereka dijumpai adalah berbeza. Seorang di Alor Senibong dan 2 orang lagi di Sungai Pekan Langgar.

Semalam kira-kira jam 3.45 petang mayat si kakak sulong, 14 tahun dijumpai orang kampung terapung dalam kawasan bendang dalam keadaan separuh bogel
  
Sejam selepas pengebumian arwah Noor Syafikah Nadia, 14, dua adiknya pula ditemui mati terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, Kedah.

Arwah budak perempuan ni bersama dua adiknya yang berumur 3 dan 12 tahun dikatakan keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah kawan di Kampung Gelam yang berdekatan (15 minit perjalanan) bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci. 

Lama sangat pergi tak balik-balik, maknya pula puas dok mencari tapi tak jumpa lalu dia pun buat laporan polis di Balai Polis Langgar pukul 2 pagi.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.

Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."
Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,”

Pihak polis juga ada menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat pastikan sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.

Sumber

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks