Status pasal Villa Nabila agak hangat juga di Facebook tapi aku hanya 'imbas' sepintas lalu sahaja. Malas nak ambil tahu. Tapi tiba-tiba hari ini aku jadi gatal nak ambil tahu...he he he
Villa Nabila, sebuah banglo kosong yang terbiar ini terletak di Jalan Srait View, Bukit Serene, Johor Bahru berhadapan dengan Danga Bay. Banglo ini dikatakan berhantu dan menyeramkan. Misteri tentang banglo ini tersebar luas di media baru, internet seperti blog dan Facebook sehingga ia mendapat nama di peringkat global.
Vila Nabila berhampiran Teluk Danga, Johor Bahru di mana seorang remaja dilaporkan hilang merupakan rumah hantu yang terkenal di peringkat global sehingga laman pelancongan Amerika Syarikat, Expedia menyenaraikannya sebagai antara 10 rumah hantu paling seram di Asia - SIN CHEW DAILY
Banglo Villa Nabila yang terbiar |
Pintu masuk ke Villa Nabila |
Tingkat bawah Villa Nabila |
Salah satu bahagian yang ada di dalam Villa Nabila |
Kenapa tetiba Villa Nabila ini jadi 'viral' di Facebook?
Villa Nabila ni jadi popular tiba-tiba kerana tersebarnya cerita kononnya 30 orang yang masuk ke rumah tersebut hilang secara tiba-tiba. Dikatakan 30 orang yang masuk hanya 7 sahaja yang berjaya keluar, menjadikan 23 orang hilang.
Bagaimanapun, portal berita BERNAMA melaporkan hanya seorang remaja lelaki sahaja yang dilaporkan hilang.
Ini pula laporan yang ambil dari portal berita AGENDA DAILY....
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,
Supt. Abdul Samad Salleh berkata....
Kehilangan Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, disedari ibunya, Norhayati Mohamad, 38, pada hari Ahad apabila dia tidak pulang ke rumah di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di Johor Bahru, sejak keluar pada Sabtu.
Norhayati kemudian menghubungi salah seorang daripada rakan Mohamad Izzat Izzudin lalu dimaklumkan bahawa remaja terbabit telah pergi ke rumah tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Villa Nabila'.
Norhayati kemudian pergi mencari sendiri Mohamad Izzat Izzudin di villa tersebut sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Danga Bay, di Johor Bahru, pada kira-kira pukul 1 pagi tadi selepas gagal menemui remaja berkenaan.
Sepasukan polis bersama unit anjing pengesan dan pasukan bomba digerakkan ke villa itu untuk melakukan operasi mengesan Mohamad Izzat Izzudin, bagaimanapun, belum menemuinya sehingga hari Isnin (18 November 2013).
Beliau berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai orang hilang dan sehubungan itu polis turut menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial Facebook dengan mendakwa sekumpulan 23 remaja hilang selepas masuk ke dalam villa berkenaan manakala tujuh lagi berjaya keluar dari bangunan itu.
Setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan polis berhubung orang hilang dan menggesa orang ramai supaya tidak menyalurkan maklumat yang tidak tepat hingga boleh mengelirukan pelbagai pihak.
Akhirnya terbongkar remaja yang dikatakan 'hilang' itu rupa-rupanya pergi tidur di rumah kawan dan hanya tahu polis sedang cari dia melalui berita televisyen.
Hakikatnya remaja yang hilang itu, Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, berada di rumah seorang kawannya di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
(Bukan rumah kawan tetapi rumah 'girlfriend'.....adoiii 3X ! memalukan mak bapak jer)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pencerahan tentang misteri Villa Nabilla oleh wartawan 'otai'
Pencerahan tentang misteri Villa Nabilla oleh wartawan 'otai'
Wartawan Kanan Utusan Malaysia di Johor Bahru
Maznah Mohd Arsad (gambar).
Maznah Mohd Arsad (gambar).
Villa Nabila yang kecoh diperkatakan oleh rakyat Malaysia kononnya rumah dimana budak perempuan bernama Nabila kena bunuh dan menyebabkan ianya tidak diduduki dan berhantu hanyalah rekaan yang berbeza dengan fakta sebenar berkenaan sejarah rumah terbabit.
Rumah tersebut adalah milik seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang didakwa oleh mahkamah kerana pecah amanah dan menipu Kerajaan Negeri Johor.
Tidak pernah timbul cerita berkenaan pembunuhan kejam atau ngeri di rumah terbabit, sebaliknya rumah berkenaan ditinggalkan kosong ekoran disita pihak berkuasa setelah mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah kepada ahli perniagaan tersebut.
Dia (ahli perniagaan Cina) sebenarnya sebab pecah amanah dan menipu kerajaan negeri Johor, dan dijatuhkan hukum didapati bersalah. Saya tak ingat, berkemungkinan pada tahun 1990 atau 1991, orang tersebut seorang ahli perniagaan dan katanya memang kerap menipu.
Saya adalah wartawan yang ditugaskan membuat liputan berkenaan kes tersebut di Mahkamah di Johor Bharu, tertuduh dipenjara dan segala aset milik beliau disita pihak berkuasa.
Dalam bahasa mudahnya, tidak pernah ada kaitan antara rumah banglo kosong itu dengan budak perempuan bernama Nabila. Hanya 'urban legend' yang disebarkan dari mulut ke mulut sejak sekian lama.
30 @ 23 orang yang hilang di Villa Nabila sudah dijumpai?
Menurut polis, seorang sahaja yang 'hilang' dan sudah pun dijumpai di flat Taman Desa Mutiara, Bandar Dato Onn pagi tadi (19 November 2013).
Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, dijumpai berada di rumah 'kawan'nya mencium tangan ibunya, Norhayati Mohamad, 39. |
Sumber: