Esok, aku ingat nak pergi hospital
untuk scan perut tapi dah tak perlu rasanya kot sebab hari ini period plak....kecewa rasa dalam hati. Dua hari lepas ada keluar darah sikit
tapi tak confirm sama ada period atau bukan. Hari ini sudah confirm
memang period. Why did you came, period?
Mungkin betul antara sebab haid aku lewat adalah berat badan berlebihan. Berat badan aku memang asyik naik memanjang, tak reti nak turun-turun. Maklumlah, aku ini dah boleh join kelab veteren (opps....lambat lagi ler).
Kitaran haid orang perempuan. |
Kenapa kegemukan dan obesiti mengganggu kitaran haid?
Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon berlaku dan memberi gangguan kepada pengeluaran telur (ovum). Apabila tiada pengeluaran telur, maka hormon progesteron tidak dihasilkan dan ini menyebabkan tiada perubahan pada lapisan endometrium yang akhirnya menyebabkan tiada haid. Selalunya apabila kita pergi jumpa doktor, doktor akan memberikan kita ubat "turun darah" iaitu ubat untuk mengeluarkan haid. Ubat tersebut mengandungi hormon progestin yang menggantikan hormon progesteron yang tidak dihasilkan.
Kegemukan boleh menyebabkan gangguan ovulasi. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
- anovulasi : telur tidak keluar pada setiap kitaran haid
- oligo-ovulasi : telur hanya keluar pada kitaran haid tertentu sahaja atau jarang-jarang.
Berdasarkan BMI atau Body Mass Index, badan aku belum lagi dalam kategori obesiti tetapi sudah berada dalam kategoti berat badan berlebihan.
Nak kira BMI, boleh kira guna BMI Calculator.
Secara ringkasnya, antara sebab - sebab haid lewat ialah:
- stress
- kegemukan (obesiti)
- terlalu kurus
- melakukan aktiviti fizikal secara aktif
- kemurungan
- Penyakit kronik seperti Pulmonary Tubercolisis, SLE, PCOS, penyakit disebabkan oleh kelenjar tiroid.