Pages

3 Feb 2012

Bonus Tabung Haji 2011 6%

Tabung Haji


February 03, 2012 15:59 PM

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji Malaysia pada Jumaat mengumumkan kadar bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011 yang akan diterima pendeposit pada Rabu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya.

“Walaupun Tabung Haji akan membuat pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion daripada keuntungan tahun kewangan 2011, ia dilakukan dengan berhati-hati dengan keadaan persekitaran ekonomi global semasa yang masih mencabar,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja.

Bagaimanapun, katanya bonus itu yang merupakan peningkatan 0.5 peratus daripada 2010 adalah lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam.

Katanya pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.

Jamil Khir berkata dana pendeposit terkumpul Tabung Haji turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010.

Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM44 juta berbanding RM 41 juta pada tahun sebelumnya, katanya.

Jamil Khir berkata perbelanjaan operasi Tabung Haji juga terkawal walaupun terdapat peningkatan ketara akibat kenaikan kos tanggungan haji berjumlah RM105 juta bagi tahun 2011 berbanding RM65 juta pada tahun sebelumnya.

“Ini menggambarkan bahawa pelaburan Tabung Haji telah menghasilkan pulangan yang baik dan perbelanjaan operasi dapat dikawal secara berhemah,” kata beliau.

Katanya sehingga kini Tabung masih memberikan subsidi kepada jemaah haji untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka khususnya untuk jemaah haji kali pertama. – BERNAMA


Tabung Haji Declares Six Per Cent Bonus For 2011
PUTRAJAYA, Feb 3 (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji has declared a bonus of six per cent with a payout amounting to RM1.67 billion for 2011 which will be paid on Wednesday.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom said the payout was 25 per cent higher than the previous year which amounted to RM1.33 billion.

"The bonus payout is done cautiously amid the sluggish global economic environment. The rate is competitive as Tabung Haji ensured that it investments were syariah-compliance," he told a news conference here today.

He said the bonus was not only 0.5 per cent higher than 2010 but also better than the rate of return generated from fixed deposit accounts offered by Islamic banks.

Jamil Khir said Tabung Haji recorded a revenue of RM2.2 billion in 2011 compared with RM2.06 billion the previous year.

The revenue was derived from equity investments (58 per cent), debt securities (15 per cent), properties (nine per cent), money market (seven per cent), finance (six per cent), financial instruments (four per cent) and others (one per cent).

The accumulated depositors' savings in Tabung Haji increased by 17 per cent to RM31.7 billion last year from RM27.11 billion in 2010.

Tabung Haji has allocated RM44 million for business tithe payment for last year compared with RM41 million the previous year.

-- BERNAMA

*****
Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks