Pages

10 Nov 2022

Nota Perempuan Jomblo [3]


Nota Perempuan Jomblo [3]


Menjadi single adalah pilihan aku sendiri, atas prinsipku sendiri. Pilihan ini perlukan keberanian kerana pilihan ini paling ditakuti manusia yang menghuni bumi. Hidup single setelah terbubarnya sebuah ikatan dan robohnya masjid yang dibina sudah pasti akan diiringi dengan gosip, andaian, kecaman malahan tuduhan yang akan memburukkan lagi mimpi-mimpi buruk di malam hari. 

Apapun yang datang dan mendatang aku tak lagi peduli. Segalanya aku akan telan dan kunyah perlahan-lahan, menikmati pahit dan kelat yang dirasai.

Aku tetap memilih single.

Tiada u-turn lagi.

Tiada pandang belakang.

Tiada sesalan.

.
.
.

Kini, selepas tiga tahun berlalu pergi, aku menjalani hari demi hari tanpa mimpi ngeri di malam hari dan ia membuatkan aku tersenyum walaupun sendiri tapi setulus dari hati.

Alhamdulillah, atas lindunganMu Tuhan.

.
.
.

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks