Pages

9 Mar 2014

Info dan Perkembangan Kehilangan Pesawat MAS MH370

Berita tentang kehilangan pesawat Boeing 777-200, MH370 milik Malaysia Airlines, MAS mengejutkan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia. Ia menjadi tajuk utama berita dunia dan trending di media sosial.





Berikut adalah antara perkembangan yang berlaku:

1. Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi Sabtu, 8 Mac 2014.

2. Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

3. Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.

4. Pada jam 10.30 pagi, MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan.

5. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.

6. Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian susulan beberapa spekulasi di Twitter.

7. Beberapa ahli politik negara menggunakan Twitter untuk menyeru orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

8. Selain itu, warga Twitter juga bersedih sehingga hashtag #MH370 dan #PrayForMH370 menjadi trending.

9. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam satu sidang media bahawa kesahihan laporan media Vietnam yang mendakwa pesawat itu terhempas sedang disahkan oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia dengan tentera laut Vietnam.

10. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan merampas pesawat tersebut.

11. MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang.

12. Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang disahkan.




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment