Pages

17 Aug 2013

Jangan kahwin dengan orang SYIAH, kata Mufti Perlis


Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.

Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.

"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam perkahwinan tersebut," katanya hari ini.

Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis November tahun lepas.

"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.

"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekali gus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya.

Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.

Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.

"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar-pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya.


Bernama, 17 Ogos, 2013



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

3 Aug 2013

Apa Itu Syiah?



Syiah di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak. Akidah yang bertentangan dengan Sunni. Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.


Siapa Abdullah Bin Sabak?


Dia adalah seorang Yahudi berasal dari Yaman. Dia datang ke Madinah untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik. Ketika itu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan, di mana Saidina Uthman tak layan dia. Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa,

"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukannya Saidina Umar, Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.." Dan masyarakat percaya perkara ini. Dari situlah bermulanya fahaman Syiah.


Syiah sesat dan terpesong akidah?

Syiah dengan Sunni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil) tetapi Syiah ini benar-benar terpesong akidahnya dari Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni (ASWJ).

Antaranya ialah, SYIAH MENDAKWA:

  • Ketika Nabi Muhammad SAW wafat, seluruh sahabat nabi murtad, kecuali beberapa orang sahaja iaitu, Salman Al Farisi, Al Miqdad Bin Al Aswad, Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah).
  • Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, "Dua patung berhala Quraisy.." .
  • Mereka tidak percaya Quran yang kita guna sekarang ini. Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang, Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha.

Semasa Nabi wafat, Saidatina Fatimah sedih, sedih sangat, dia menangis sampai 75 hari, masa dia tengah bersedih, Jibril turun menggembirakannya, Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula, Fatimah pun beritahu Ali, dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.

  • Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran, antaranya ialah surah al-Baqarah ayat 23, surah Toha ayat 115, surah al-Ahzab ayat 70, surah al-Balad, mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.
  • Mereka juga ada imam iaitu Imam 12. Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata, 
“Wahai Imam, keluarlah Iman, keluarlah..”. Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti.

  • Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata, “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan, mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”.
  • Mereka menghalalkan darah umat Islam. Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam, lagi banyak darah yang mengalir, lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong.
  • Rukun iman mereka ada lebih dari enam. Mereka percaya pada Imam. Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat. Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.
  • Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .

Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel tetapi juga Rusia, China dan Iran. Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’, rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita. Merekalah antara yang menghantar bom, senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .

Syiah itu sesat.



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks