Pages

17 Dec 2011

Bog*l Menuju Tuhan: Zahiril Adzim


Buku antologi puisi dan catatan berjudul Bogel Menuju Tuhan karya pelakon Zahiril Adzim (gambar) semakin laris dijual dan kini memasuki cetakan kedua.

Menurut pelakon drama Juvana ini, buku yang telah dicetak 1,000 buah itu bakal ditambah 1,000 buah lagi memandangkan permintaan terhadap buku itu meningkat.
“Saya tak sangka dengan sambutan terhadap buku Bogel Menuju Tuhan. Kini buku tersebut telah dicetak sehingga 2,000 buah setelah melihat sambutan yang menggalakkan.

“Saya akan meneruskan minat saya dalam bidang penulisan di blog iaitu zahiriladzim. blogspot. Tetapi buat masa ini belum merancang untuk mengeluarkan buku seterusnya” kata tunang kepada pengacara Shera Aiyob ini.

Baginya, penulisan ibarat terapi kepada dirinya yang sudah melalui pelbagai pengalaman hidup termasuk alam percintaan.

“Saya mula seronok menulis apabila mempunyai blog dan setiap catatan yang lahir dari hati akan dimuatkan dalam blog itu.

“Saya sudah banyak kali putus cinta dan suka berkongsi pengalaman yang dilalui dalam blog kerana apabila menulis saya akan rasa sedikit lega,” jelasnya lagi yang turut sibuk mempromosikan filem terbarunya, Tolong!Awek Aku Pontianak.

Katanya yang bakal berlakon drama siri Khurafat, idea untuk menulis buku ini terhasil gabungan himpunan antologi puisi dan catatan yang terkandung dalam blognya.

Jelasnya, tajuk Bogel Menuju Tuhan itu dipilih mengambil sempena salah sebuah karya yang dihasilkan dalam buku itu.

Seperti yang ditulis dalam blognya dan di belakang buku itu, kata Zahiril: "Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang aku tulis di blog, satu masa dahulu.

“Ia merupakan satu keadaan yang aku gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan. Tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya, maka tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.”

Melalui penjelasan tersebut, pelakon filem Senjakala dan Kami The Movie ini berharap tiada lagi pihak yang mempersoalkan tentang tajuk buku itu.

“Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian-kejadian sosial yang berlaku sekitar saya,” jelasnya.

Dipetik dari mstar.com

Cerita dari Aku.
Petang tadi aku pergi ke Popular Bookstore di Sunway Pyramid. Saja nak meninjau-ninjau barang keperluan untuk tahun hadapan seperti diari 2012, planner 2012 dan seumpamanya. Dalam perjalanan, mata aku sibuk melilau-lilau ke arah deretan novel-novel Melayu yang terlaris di pasaran. Aku cuba jenguk-jeguk novel Ombak Rindu (aku pun dah terjangkit demam selsema Ombak Rindu) tapi tiada. Tiba-tiba aku ternampak satu buku. Agak semacam je tajuknya (itu sebenarnya yg menarik perhatian aku). Jangan salah faham ya!

Terdetik di hati, takkan lah buku macam itu boleh dijual secara terbuka di kedai buku (kategori 18SX). Pasti ada sesuatu tentang buku itu. Jadi apalagi, aku terus ambil dan menyiasat isi kandungannya. Hermm! rupa-rupa ia sebuah karya puisi dan koleksi catatan blog yang dibukukan. Hari ini baru aku tahu ZA ini seorang blogger.

 “Apa yang paling penting, isi buku ini tidak ada gambar lucah. Juga ia bukan buku berunsur ketuhanan, tetapi lebih kepada kejadian-kejadian sosial yang berlaku sekitar saya,”

Dan, yang paling mengujakan aku ialah penulisnya ZAHIRIL ADZIM! Seorang pelakon. (itu yang aku tahu tentangnya setakat ini). Aku mula 'respect' pelakon ini sejak aku tengok drama bersiri 6 Progresif di slot Aurora TV9. Wah! Memang aku suka dengan karakter yg dibawa oleh Hanis Kamal (Budak Baru), Nik Adli (Zahiril), Kecoh (Nas-T), Dahlia (Faralyna Idris) dan Lily (Nabila Dally).

Nostalgia zaman sekolah (sesuai dengan lagu temanya: Muda oleh Hujan).

    

Aku suka karya-karya seperti ini tapi kenapa aku tak beli buku itu ya?



Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks