Pages

Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

21 Dec 2016

TRIP TO THAILAND | Bangkok - Kanchanaburi - Lopburi [Part 1 - Menaiki Keretapi Ke Bangkok]

Hai semua...jumpa lagi setelah lama tak update blog...huhuhu
Welcome to Thailand

Ini merupakan kali ketiga saya travel ke negara GAJAH putih, Thailand iaitu pada minggu lepas selama 7 hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik bermula 10 hingga 16 Disember 2016, Sabtu - Jumaat. Travel kali ini boleh dikatakan secara 'backpacking' kerana dari hari pertama sehingga hari ke-6, perjalanan saya, suami dan seorang kawan menggunakan pengangkutan awam dan backpack luggage. Selain jimat bajet, boleh jugak amik feel backpackers sikit-sikit.

Untuk entri part 1, saya rumuskan pengangkutan yang saya gunakan bermula dari Kuala Lumpur ke Bangkok, kemudian ke Kanchanaburi dan seterusnya ke Lopburi kemudian berpatah balik ke Bangkok.


PENGANGKUTAN KE BANGKOK - KANCHANABURI - LOPBURI

1. KL SENTRAL - PADANG BESAR

Kami menaiki tren ETS dari KL Sentral lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Padang Besar kira-kira jam 12.10 tengah hari seperti yang dijadualkan oleh KTMB. Tambang RM80 seorang.

Tiket tren ETS boleh dibeli melalui cara berikut :
  1. Beli di kaunter tiket stesen KTMB atau Komuter berdekatan 
  2. Beli secara online di KTMB Online Ticketing
  3. Beli menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar
  4. Beli melalui agen tiket berdaftar. Boleh rujuk DI SINI
Jadual tren ETS adalah seperti berikut: [KLIK DI SINI] GEMAS - PADANG BESAR


2. PADANG BESAR - HAT YAI, THAILAND


Dari stesen KTMB Padang Besar boleh guna shuttle train ke Hat Yai, Thailand. Shuttle train Hat Yai - Padang Besar/ Padang Besar - Hat Yai ada 2 sahaja trip sehari.

Trip 1 dari Padang Besar : 9.55 pagi, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.
Trip 2 dari Padang Besar : 3.40 petang, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.

Malangnya kami memilih menaiki kereta ke Hat Yai, Thailand kerana semangat kami yang berkobar-kobar dan rasa seperti tak boleh bersabar lagi untuk tunggu tren 3.40 ptg untuk segera sampai ke Bangkok. Kami ambil kereta yang memang sedia menunggu penumpang di luar pintu pagar stesen KTMB Padang Besar. Tambang THB1000 satu kereta setelah negotiate habis-habisan.

Di sempadan Malaysia - Thailand

3. HAT YAI - BANGKOK, THAILAND

Dari stesen keretapi Hat Yai, Thailand [HADYAI JUNCTION], banyak pilihan tren boleh ambil:
  1. Tren No. 170, RAPID, depart time 1445, arrival time 0900 next day
  2. Tren No. 172, RAPID, depart time 1539, arrival time 0915 next day
  3. Tren No. 42, SPX DRC, depart time 1623, arrival time 0555 next day [*PALING LAJU]
  4. Tren No. 38, SP EXPRESS, depart time 1810, arrival time 1010 next day
  5. Tren No. 32, SPX, depart time 1845, arrival time 1030 next day
*Tapi tren ni takde coach tempat tidur, lain-lain tren ada sleeping berth (katil tempat tidur)

Kami ambil tren no. 170 kerana kami tiba awal di Hat Yai lebih kurang 1.30 petang waktu Thai. Waktu Thailand adalah SATU JAM LAMBAT banding dengan Malaysia atau waktu Malaysia CEPAT SATU JAM banding waktu Thailand. Tambang THB825 untuk lower berth (katil bawah), THB755 untuk upper berth (katil atas).

Saya memang suka menggunakan keretapi kerana 'feel'nya lain dari yang lain. Kita bebas untuk bergerak, kalau nak makan boleh ke kantin, kalau tak nak ke kantin, tunggu sahaja makcik2/abang 2 penjual-penjual datang ke coach dengan barang jualan masing-masing. Dalam tren ini juga disediakan plug point untuk mengecas HP/gajet, tetapi kita perlu sediakan universal plug adapter.

The Train Hotel, Hadyai Junction Railway Station
Tren No.170, Hat Yai to Bangkok
Tempat duduk sebelah siang hari

Tempat duduk akan disiapkan untuk menjadi katil tempat tidur pada sebelah malam hari


4. BANGKOK - KANCHANABURI

Kami bermalam satu malam di Bangkok sebelum bertolak ke Kanchanaburi. Dari Bangkok ke Kanchanaburi, kami mengambil bas di Bangkok Bus Terminal [Sai Tai] ke Kanchanaburi Bus Terminal dengan tambang THB110 seorang. Tiket dibeli di kaunter 79-80. Bas bertolak jam 10.30 pagi dan tiba di Kanchanaburi Bus Terminal kira-kira jam 1.17 tengah hari.

Boleh juga guna keretapi ke Kanchanaburi dari Bangkok tetapi perlu naik di stesen keretapi Thonburi mengikut pilihan tren seperti berikut:
  1. Tren 257, ORDINARY, depart time 0750 from THONBURI station, arrival time 1025 
  2. Tren 259, ORDINARY, depart time 1355 from THONBURI station, arrival time 1626
Route tren ini akan bermula di THONBURI-SALAYA-NAKHORNPATHOM-KANCHANABURI - melalui RIWER KWAI BRIDGE dan berakhir di NAMTOK station.






5. KANCHANABURI - LOPBURI

Dari Kanchanaburi, kami menaiki bas ke Suphanburi dengan tambang THB50 seorang. Bas henti-henti tanpa aircond. Dari Suphanburi kami menaiki minibas/minivan dengan tambang THB80 seorang sehingga ke Ayutthaya. Dari Ayutthaya sekali lagi kami menaiki minivan juga dengan tambang THB80 seorang sehingga ke stesen keretapi Lopburi. Perjalanan dari Kanchanaburi ke Lopburi mengambil masa kira-kira 3 jam setengah.

Bas tanpa hawa dingin tapi kami ok jer

Minibas/minivan berhawa dingin. Tak perlu tunggu lama kerana penumpang cepat penuh

Merentasi 3 wilayah di Thailand

6. LOPBURI - BANGKOK

Dari stesen keretapi Lopburi, kami menaiki tren no.112, RAPID, third class coach dengan tambang THB50 seorang. Tren bertolak jam 1439 dan tiba di Bangkok Railway Station jam 1800.

Lopburi station, ordinary train


7. BANGKOK - KUALA LUMPUR

Hanya 2 jam perjalanan dari Don Muaeng International Airport, Bangkok, Thailand ke KLIA2, Malaysia. Hahaha...


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

13 Feb 2016

MALAYSIA | Fraser Hill, Pahang @The Little England of Malaysia

Hahaha...tetiba ada di Fraser Hill???

Fraser Hill waktu malam ... sejuk yang amat sangat, berkabus

Ahad lepas, saya dan suami secara tak sengaja ke Bukit Fraser. Kami sampai sana dalam pukul 7 malam lebih. Di sebabkan hari hujan, kabus sangat tebal. Sejuk yang amat-amat sangat. Dah macam duduk England plak rasanya.

Jika Cameron Highlands terkenal dengan ladang teh dan sayur-sayuran, Genting Highlands popular dengan jolokan kota keriangan, Bukit Fraser pula lebih dikenali sebagai ‘The Little England of Malaysia’. Terletak di banjaran Titiwangsa dan bersuhu sekitar 17 hingga 24 darjah celsius, Bukit Fraser memiliki keistimewaan tersendiri dari segi kepelbagaian flora dan fauna di samping keunikan bangunan yang berkonsepkan seni bina gaya Inggeris.
Meskipun kegiatan pelancongan tidak semeriah pusat peranginan tanah tinggi lain di Pahang, namun Bukit Fraser sering menjadi tumpuan pelancong khususnya pencinta alam dan pengkaji hidupan semula jadi. Bagi warga Lembah Klang yang ingin menikmati percutian di Bukit Fraser boleh melalui dua jalan iaitu dari Kuala Kubu Bharu, Selangor atau Raub, Pahang sebelum tiba di Gap yang menjadi pintu masuk ke puncak Bukit Fraser. Perjalanan dari ibu negara sejauh 140 kilometer dan mengambil masa kira-kira dua jam setengah.
Menyelusuri jalan sejauh lapan kilometer menaiki Bukit Fraser ternyata begitu memenatkan berikutan keadaan laluan yang sempit di samping banyak selekoh berbahaya dan curam. Namun, melihat pokok-pokok berdiri teguh di kiri kanan jalan membuatkan kami begitu teruja seolah-olah kedatangan disambut oleh tuan rumah.

Kami bertolak dari KL menuju ke Raub, Pahang. Sebelum tiba di Pekan Raub, kami ambil exit ke Bukit Fraser. Dari situ untuk samapai ke Bukit Fraser ambil jarak kira-kira 21 KM. Jika melalui Jalan Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor akan ambil jarak kira-kira 30 KM.

Lagi 8 km nak kena mendaki ke puncak. Jalan naik dan turun adalah sehala.

Jalan menuju ke Bukit Fraser memang mencabar, jalannya kecil , satu lorong yang hanya muat satu buah kereta sahaja. Jalan melalui lereng-lereng bukit yang berliku-liku.

Hari hujan

Selepas makan dan bergambar kami pun turun dari Bukit Fraser melalui jalan Kuala Kubu Baru. Ingatkan ada tempat tidur, pusing-pusing tanya hotel kat situ semuanya penuh. Maklumlah musim cuti. Jangan haraplah.



Sumber:
  1. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20140705/pl_01/Tarikan-Bukit-Fraser

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

8 Feb 2015

TRIP TO THAILAND | Memandu Kereta Ke Krabi

Saya nak sambung kisah saya dan suami bercuti ke Krabi pertengahan bulan Disember tahun lepas. Saya ada tulis dalam entri Krabi....mu tunggu aku datang! sedikit sebanyak tentang Krabi dari segi geografinya.

Ramai orang ke Krabi dengan menaiki kapal terbang. Perjalanannya lebih cepat dan kurang meletihkan. Kebanyakan hotel pula menyediakan perkhidmatan mengambil pelanggan di airport. Jadi tiada masalah pengangkutan timbul selepas memijakkan kaki ke tanah di Krabi. Kebanyakan hotel juga menyediakan perkhidmatan sewa kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Tapi saya dan suami memilih memandu kenderaan sendiri ke Krabi. Kami bertolak dari Kuala Lumpur dalam pukul 12 malam. Perkiraan kami, kami perlu sampai di sempadan Malaysia-Thailand awal pagi. Punyalah bersemangat kami...


Dokumen penting 

Sila bawa dan sediakan:

1. Geran kereta (Asal atau salinan)
    - boleh diperolehi dari bank jika kereta masih di bawah pinjaman bank
    - jika kereta orang lain - ada surat kebenaran ditandatangani oleh pemilik kereta

2. Pasport antarabangsa atau pasport berkumpulan
    - 6 bulan sebelum tamat tempoh
    - jika guna pasport berkumpulan (Collective travel document) - minimum 5 orang
    - Border pass tidak cover sehingga ke Krabi, hanya cover sekitar sempadan sahaja

3. Insurans Thailand
   - RM16 untuk 9 hari, boleh didapati di Changlun, Kedah atau kawasan berdekatan dengan        Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam atau R&R Gurun.

4. Arrival & Departure Card
- di dapati di kedai membuat insurans Thailand


Laluan Ke Krabi

1. Melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah

         Hatyai-Pathalung-Trang dan Krabi
         6 - 7 jam perjalanan dari sempadan


2. Melalui Padang Besar, Perlis

      Cha Lung-Thung Wa-Trang-Krabi
         4 - 5 jam perjalanan dari sempadan


Dokumen yang perlu ada


Imigresen Bukit Kayu Hitam

Imigresen Sadao, Thailand

Jarak dari R&R Sungai Perak-Krabi Town = 576 km, 7 jam 3 min

Pilihan laluan ke Krabi, Thailand

Trip ke Krabi, Thailand hampir-hampir tidak menjadi kerana masalah pasport tetapi dek semangatnya nak bercuti ke Krabi, semua itu tidak menjadi halangan. Akhirnya kami selamat dan gembira bersukaria bercuti di sana. Alhamdulillah...

Krabi...aku nak pergi lagi!


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

9 Dec 2014

TRIP TO THAILAND | Krabi

Tahun ini saya memilih Krabi, Thailand sebagai tempat bercuti dan menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami tercinta. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kami akan bertolak ke sana. Wah! Tak sabar betul rasanya.


KRABI, THAILAND

Krabi merupakan salah satu daripada 76 wilayah yang terdapat di Thailand. Krabi terletak di wilayah sebelah Selatan Thailand. Ia bertentangan dengan Wilayah Phuket dan mengadap Laut Andaman. Wilayah Krabi terbahagi kepada 8 daerah iaitu Mueang Krabi, Khao Phanom, Ko Lanta, Khlong Thom, Ao Luek, Plai Phraya, Lam Thap, Nuea Khlong. Krabi terkenal dengan pulau-pulau  dan pesisir pantai yang cantik dan indah lagi semulajadi.


8 daerah di Wilayah Krabi

Dari segi kemudahan pengangkutan Krabi tidak ketinggalan kerana terdapat banyak pilihan sama ada melalui udara, laut dan darat. Di Krabi terdapat Krabi International Airport. Krabi Airport ini hanya berjarak 10 km dari Bandar Krabi dengan laluan penerbangan dari/ke Kuala Lumpur, Singapura, Ko Samui dan Bangkok.

Promosi oleh Malindo Air

PENGANGKUTAN KE KRABI

Walaupun Krabi ada kemudahan airport yang berdekatan, tetapi kami akan ke sana menggunakan jalan darat. Antara kelebihan menggunakan jalan darat adalah kerana di Thailand lebuhrayanya tidak dikenakan tol. Struktur jalan raya di sana juga dikatakan lebih baik dengan laluan 2 lorong dan jalan lebih rata (susah nak jumpa lubang). Cuma dari segi harga petrol kenalah banyak bersabar sebab harganya mahal. 

Apapun memandu kereta ke Krabi lebih mengujakan dan mencabar. Apatah lagi bila menggunakan kereta sendiri, senanglah sikit nak menyinggah di mana-mana tempat yang tetiba rasa nak singgah. Sesuailah dengan kami berdua suami isteri yang suka membuat 'lencongan' dari plan asal. Hahaha...

Tempat menarik di Krabi

Krabi dan Phuket yang bersetentang


KRABI... mu tunggu aku datang!


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks