Gabungan budu, cili padi, limau nipis dan tempoyak memang meletup! |
Jenama budu paling glamer |
Siapa yang tak suka makan budu sila angkat tangan....eh! ramai tak angkat tangan, maknanya ramai rupanya yang suka makan budu.
Budu ni adalah makanan tradisi orang Kelantan tanpa mengira bangsa. Agak peliklah kalau orang Kelantan tak makan budu. Aku masa kecik-kecik dulu, masa bergelar budak sekolah, memang tak boleh kalau makan nasi takde budu. Takde ayam goreng pun takpe, janji ada budu.
Jadi pembaca semua tahulah ya aku ni asal negeri mana. Ok, takpe.
Ada orang kata budu ni makanan "kuno". Rileks la brader. Aku ok jer. Kalau macam tu kita tukar namalah dari budu kepada SOS IKAN BILIS.
Sos ikan bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi kegemaran masyarakat Pantai Timur. Kini makanan tradisional itu mendapat kebanggaan baru – dipeketkan dan dijadikan produk kecantikan.
Sape yang suka makan budu tak payah nak rasa diri tu "kuno" dan sebagainya. Sebabnya budu ni hebat dengan khasiatnya yang pelbagai.
1) Budu cerahkan kulit dan antipenuaan
(awet muda la ni)
Kenapa awet muda? Sebabnya budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyelidik luar negara ramai yang buat kajian pasal budu. Tak tahu kenapa. Dulu, aku pernah dengar seorang Mat Salleh sebut pasal budu semasa dia membentangkan kertas seminar dia kat Malaysia. Aku masa tu salah seorang peserta seminar kat situ. Bangga la jugak sebab aku suka makan budu.
Kenapa? Sebabnya budu merangsang sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Ini kerana dalam budu ada DMAE, sejenis makanan nutrisi untuk otak yang selalunya dijumpai dalam ikan.
Tapi, kalau dah spesies "pemalas", makanlah 100 biji botol budu sehari sekalipun, tetap jugak tak meningkat kecerdikannya.
Budu paling popular adalah BUDU CAP KETEREH.
Budu Cap Ketereh menjadi budu pertama negara ini yang diiktiraf sebagai harta intelek (patented). Kejayaan itu dicapai pada tahun 2007. Berikutan pengiktirafan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) itu, Budu Cap Ketereh kini dilindungi mengikut Akta Perlabelan.
Budu Ketereh juga digunakan oleh Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) untuk menghasilkan produk kosmetik.
Jadi, ada lagi tak yang nak kata budu ni makanan "kuno" dan sewaktu dengannya?
Banyak lagi khasiat budu. Panjang kalau nak cerita. Kalau nak tahu, boleh baca kat bawah ni:
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyelidik luar negara ramai yang buat kajian pasal budu. Tak tahu kenapa. Dulu, aku pernah dengar seorang Mat Salleh sebut pasal budu semasa dia membentangkan kertas seminar dia kat Malaysia. Aku masa tu salah seorang peserta seminar kat situ. Bangga la jugak sebab aku suka makan budu.
Kajian luar negara |
2) Budu tingkatkan IQ
Budu tingkatkan IQ |
Kenapa? Sebabnya budu merangsang sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Ini kerana dalam budu ada DMAE, sejenis makanan nutrisi untuk otak yang selalunya dijumpai dalam ikan.
Dimethyl Amino Ethanol (DMAE) is one of the classic "Smart Nutrients" having been discussed in the original Smart Drugs & Nutrients book. DMAE occurs naturally in some foods notably fish.Jadi, tak hairanlah, orang KELANTAN yang suka makan budu ni cerdik-cerdik orangnya. Tak percaya? Cuba lihat berapa ramai pelajar-pelajar universiti kat Malaysia ni orang Kelantan. Masa aku bergelar mahasiswa dulu, aku ada join Persatuan Mahasiswa Kelantan. Persatuan ini adalah yang paling ramai ahlinya berbanding persatuan mahasiswa universiti lain. Sangat ketara.
Tapi, kalau dah spesies "pemalas", makanlah 100 biji botol budu sehari sekalipun, tetap jugak tak meningkat kecerdikannya.
3) Budu dipeketkan dan dieksport ke luar negara