 |
Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) |
Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang
kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini pada 8 Mac lalu adalah
Nurul Nadirah
Abdullah, kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu. Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1 Mac 2012 di bawah Blok
A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Dia hilang ketika pergi membeli mi segera di kedai runcit berdekatan rumahnya.
Ketika
kejadian pada jam 10.30 pagi Khamis lalu, ibu kanak-kanak terbabit Roselyn
Alan, 25, berkata Dirang baru bangun tidur dan mengadu lapar serta
mahukan mi segera.
Dia memberikan anaknya itu RM4 bersama nota bertulis ‘mi segera dua bungkus dan telur RM2’ sebelum memintanya ke kedai runcit berhampiran dan terus melayari Facebook menyebabkan leka dan tidak teringatkannya langsung. Bagaimanapun, wanita itu tersentak apabila
suami, Lima Medeng, 25, bertanya di mana Dirang selepas menjenguk ke
bawah dan gagal menemui anak kedua mereka.
Ketua Polis Daerah Seri Alam,
Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas
pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka
manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
“Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan
sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya,”
Satu lagi tragedi pembunuhan kejam seperti arwah adik
Nurin Jazlin
Jazimin dan kes kehilangan adik
Sharlinie Mohd Nasyar yang sampai
sekarang masih belum ditemui.
Al-Fatihah untuk arwah.