Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kucing (
Jawi:
کوچيڠ ) dikenali sebagai
kucing bela jinak ialah
mamalia karnivor kecil dari subspesis
Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan
kucing liar Afrika,
Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman
Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada
tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.
Kucing yang
keturunannya
berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau
kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus
daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka
campuran dirujuk sebagai
bulu-panjang bela jinak dan
bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai
baka
kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud
dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna.
Mereka adalah
pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu
spesies
haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada
yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti
tuil
pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka
berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr',
berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi
dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan
selalunya mereka akan membentuk satu
koloni kecil. Hubungan
manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam
dongeng dan
legenda dari beberapa
bangsa, contohnya Mesir Purba,
Viking dan juga
Cina.
KUCING DAN ISLAM
Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad
SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka
berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi,
An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke
Bathhan suatu daerah di
Madinah.
Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam
bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke
bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu,
Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda)
berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya
Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori
sesuatu, bahkan tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk
bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang
solat.
Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah
menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing,
lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut
dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh
kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis.
Ia binatang yang berkeliling."
Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW
berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd
Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni]. Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain.
Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa
jilatannya adalah suci.
Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "
Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.
Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam
Sahih Bukhari
Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang
telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu,
wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara
dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita
itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.