Pages

7 Jan 2017

Apa Hak Penumpang Jika Penerbangan Tertunda (Flight Delay)?

Untuk makluman, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.


Di bawah Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita ambil tahu ialah:

1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat

Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih

Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

4. Jika penerbangan dibatalkan

Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

5 perkara penting yang perlu dilakukan sebelum anda terbang


Sumber : 
First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016

Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment