Pages

21 Dec 2016

TRIP TO THAILAND | Bangkok - Kanchanaburi - Lopburi [Part 1 - Menaiki Keretapi Ke Bangkok]

Hai semua...jumpa lagi setelah lama tak update blog...huhuhu
Welcome to Thailand

Ini merupakan kali ketiga saya travel ke negara GAJAH putih, Thailand iaitu pada minggu lepas selama 7 hari termasuk masa perjalanan pergi dan balik bermula 10 hingga 16 Disember 2016, Sabtu - Jumaat. Travel kali ini boleh dikatakan secara 'backpacking' kerana dari hari pertama sehingga hari ke-6, perjalanan saya, suami dan seorang kawan menggunakan pengangkutan awam dan backpack luggage. Selain jimat bajet, boleh jugak amik feel backpackers sikit-sikit.

Untuk entri part 1, saya rumuskan pengangkutan yang saya gunakan bermula dari Kuala Lumpur ke Bangkok, kemudian ke Kanchanaburi dan seterusnya ke Lopburi kemudian berpatah balik ke Bangkok.


PENGANGKUTAN KE BANGKOK - KANCHANABURI - LOPBURI

1. KL SENTRAL - PADANG BESAR

Kami menaiki tren ETS dari KL Sentral lebih kurang jam 7 pagi. Tiba di Padang Besar kira-kira jam 12.10 tengah hari seperti yang dijadualkan oleh KTMB. Tambang RM80 seorang.

Tiket tren ETS boleh dibeli melalui cara berikut :
  1. Beli di kaunter tiket stesen KTMB atau Komuter berdekatan 
  2. Beli secara online di KTMB Online Ticketing
  3. Beli menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar
  4. Beli melalui agen tiket berdaftar. Boleh rujuk DI SINI
Jadual tren ETS adalah seperti berikut: [KLIK DI SINI] GEMAS - PADANG BESAR


2. PADANG BESAR - HAT YAI, THAILAND


Dari stesen KTMB Padang Besar boleh guna shuttle train ke Hat Yai, Thailand. Shuttle train Hat Yai - Padang Besar/ Padang Besar - Hat Yai ada 2 sahaja trip sehari.

Trip 1 dari Padang Besar : 9.55 pagi, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.
Trip 2 dari Padang Besar : 3.40 petang, tiba di Hat Yai, Thailand lebih kurang 55 minit kemudian.

Malangnya kami memilih menaiki kereta ke Hat Yai, Thailand kerana semangat kami yang berkobar-kobar dan rasa seperti tak boleh bersabar lagi untuk tunggu tren 3.40 ptg untuk segera sampai ke Bangkok. Kami ambil kereta yang memang sedia menunggu penumpang di luar pintu pagar stesen KTMB Padang Besar. Tambang THB1000 satu kereta setelah negotiate habis-habisan.

Di sempadan Malaysia - Thailand

3. HAT YAI - BANGKOK, THAILAND

Dari stesen keretapi Hat Yai, Thailand [HADYAI JUNCTION], banyak pilihan tren boleh ambil:
  1. Tren No. 170, RAPID, depart time 1445, arrival time 0900 next day
  2. Tren No. 172, RAPID, depart time 1539, arrival time 0915 next day
  3. Tren No. 42, SPX DRC, depart time 1623, arrival time 0555 next day [*PALING LAJU]
  4. Tren No. 38, SP EXPRESS, depart time 1810, arrival time 1010 next day
  5. Tren No. 32, SPX, depart time 1845, arrival time 1030 next day
*Tapi tren ni takde coach tempat tidur, lain-lain tren ada sleeping berth (katil tempat tidur)

Kami ambil tren no. 170 kerana kami tiba awal di Hat Yai lebih kurang 1.30 petang waktu Thai. Waktu Thailand adalah SATU JAM LAMBAT banding dengan Malaysia atau waktu Malaysia CEPAT SATU JAM banding waktu Thailand. Tambang THB825 untuk lower berth (katil bawah), THB755 untuk upper berth (katil atas).

Saya memang suka menggunakan keretapi kerana 'feel'nya lain dari yang lain. Kita bebas untuk bergerak, kalau nak makan boleh ke kantin, kalau tak nak ke kantin, tunggu sahaja makcik2/abang 2 penjual-penjual datang ke coach dengan barang jualan masing-masing. Dalam tren ini juga disediakan plug point untuk mengecas HP/gajet, tetapi kita perlu sediakan universal plug adapter.

The Train Hotel, Hadyai Junction Railway Station
Tren No.170, Hat Yai to Bangkok
Tempat duduk sebelah siang hari

Tempat duduk akan disiapkan untuk menjadi katil tempat tidur pada sebelah malam hari


4. BANGKOK - KANCHANABURI

Kami bermalam satu malam di Bangkok sebelum bertolak ke Kanchanaburi. Dari Bangkok ke Kanchanaburi, kami mengambil bas di Bangkok Bus Terminal [Sai Tai] ke Kanchanaburi Bus Terminal dengan tambang THB110 seorang. Tiket dibeli di kaunter 79-80. Bas bertolak jam 10.30 pagi dan tiba di Kanchanaburi Bus Terminal kira-kira jam 1.17 tengah hari.

Boleh juga guna keretapi ke Kanchanaburi dari Bangkok tetapi perlu naik di stesen keretapi Thonburi mengikut pilihan tren seperti berikut:
  1. Tren 257, ORDINARY, depart time 0750 from THONBURI station, arrival time 1025 
  2. Tren 259, ORDINARY, depart time 1355 from THONBURI station, arrival time 1626
Route tren ini akan bermula di THONBURI-SALAYA-NAKHORNPATHOM-KANCHANABURI - melalui RIWER KWAI BRIDGE dan berakhir di NAMTOK station.






5. KANCHANABURI - LOPBURI

Dari Kanchanaburi, kami menaiki bas ke Suphanburi dengan tambang THB50 seorang. Bas henti-henti tanpa aircond. Dari Suphanburi kami menaiki minibas/minivan dengan tambang THB80 seorang sehingga ke Ayutthaya. Dari Ayutthaya sekali lagi kami menaiki minivan juga dengan tambang THB80 seorang sehingga ke stesen keretapi Lopburi. Perjalanan dari Kanchanaburi ke Lopburi mengambil masa kira-kira 3 jam setengah.

Bas tanpa hawa dingin tapi kami ok jer

Minibas/minivan berhawa dingin. Tak perlu tunggu lama kerana penumpang cepat penuh

Merentasi 3 wilayah di Thailand

6. LOPBURI - BANGKOK

Dari stesen keretapi Lopburi, kami menaiki tren no.112, RAPID, third class coach dengan tambang THB50 seorang. Tren bertolak jam 1439 dan tiba di Bangkok Railway Station jam 1800.

Lopburi station, ordinary train


7. BANGKOK - KUALA LUMPUR

Hanya 2 jam perjalanan dari Don Muaeng International Airport, Bangkok, Thailand ke KLIA2, Malaysia. Hahaha...


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment