Pages

6 Dec 2013

Kontroversi filem Ular lakonan Lisa Surihani dan Yusri KRU

Filem ULAR sudahpun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula semalam. Filem ini genre "creature thriller", sejenis filem yang 'mendebarkan' penontonnya. Aku suka.

Filem ini dibarisi pelakon Lisa Surihani, Yusry, Zarina Zainuddin, Nam Ron, Izzue Islam, Sharifah Shakinah, Zarina Anjoulie Lavokah dan Haron Salim Bachik.

Pengarah filem ni adalah Jason Chong. Filem Ular adalah filem kedua beliau selepas filem BELUKAR.




Filem Ular ada unsur lucah?

Filem ini hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Mungkin 18SX atau 18SG?

“Sebenarnya saya sengaja selitkan unsur lucah seperti seorang laki tua menggantal dengan anak dara dan pasangan gay" - Jason Chong


“Bagi saya ianya lawak yang hanya boleh difahami oleh golongan yang berusia 18 tahun ke atas. Lagipun saya mahu sesuaikannya dengan klasifikasi filem ini." - Jason Chong


“Pada awalnya, saya mahu ianya ditonton dari kalangan penonton berusia 13 tahun ke atas tetapi setelah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) ianya menjadi filem yang berklasifikasi 18 tahun ke atas kerana aksi Ular yang kita tonjolkan sangat ganas,” - Jason chong


Filem Ular ciplak filem Anaconda?

Ramai yang kata filem ni ada unsur-unsur ciplak filem mat salleh Anaconda. Aku "no komen" sebab belum tengok lagi. Unsur-unsur persamaan mungkin ada. Bukan mungkin lagi tapi memang ada. Cuba tengok kat bawah ni...

Perbandingan poster filem ULAR dan ANACONDA

Tapi itu poster filem. Jalan cerita belum tentu sama. Nak tahu jalan ceritanya, meh baca sinopsis filem ni. Nak confirm filem ni ciplak ke tidak, meh pergi panggung wayang beli tiket ULAR dan masuk panggung!


Sinopsis filem Ular

Filem Ular mengisahkan percutian impian di sebuah resort yang baru dibuka di Pulau Batik Panjang bertukar menjadi misteri apabila satu persatu pengunjung yang memenangi hadiah percutian ke pulau itu hilang seorang demi seorang.

Myra, lakonan Lisa Surihani memegang watak wartawan kontroversi yang telah diturunkan pangkat ditugaskan untuk membuat liputan ditemani jurukameranya Remy, lakonan Yusri KRU.

Aziz, lakonan Namron adalah pemilik resort yang juga seorang bekas banduan dan isterinya Rohani, lakonan Zarina Zainuddin terpaksa membuka resort tersebut kerana tekanan kewangan walaupun tahu tentang masalah habitat asal yang mengganas di situ.

Sebagai langkah penyelesaian, satu rangkaian pagar elektrik telah dibina mengelilingi bangunan resort bagi mengasingkan haiwan pemangsa pulau itu dari mengganggu manusia.

Walaubagaimanapun, diatas kesilapan dua pengunjung iaitu JC dan Boy, pagar elektrik tersebut telah dipadamkan dan akibatnya keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila ribuan ular yang kelaparan keluar membaham mangsa satu persatu.

Adakah pengunjung-pengunjung di resort ini berjaya menyelamatkan diri dari pulau Batik Panjang? 



Antara babak-babak dalam filem Ular


Terima kasih semua....!


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

No comments:

Post a Comment