Pages

7 Apr 2013

Sakit belakang boleh bersenam?

Kepada sape-sape yang ada sakit belakang....selamat membaca dan selamat beramal.

Senaman kardio membolehkan anda membakar lemak pada badan sekaligus meningkatkan keupayaan kardiovaskular. Tetapi, senaman ini berisiko tinggi yang akan memberi kesan kepada otot, ligament dan sendi individu tersebut. Hentakan kaki pada permukaan tanah menjadikan impak hentakan itu terasa pada tulang belakang seseorang individu. Mereka yang mudah mengalami sakit belakang disarankan tidak melakukan aktiviti yang memudaratkan tulang belakang anda kerana bahagian tulang belakang adalah bahagian yang mudah rapuh. Jika anda seorang yang suka melakukan senaman walaupun anda mengalami sakit tulang belakang, pilihlah senaman yang berimpak rendah yang boleh melindungi sakit belakang itu daripada terus berlarutan.



Berjalan

Aktiviti berjalan kaki merupakan senaman yang mudah berbanding jogging dan berlari. Berjalan menaikkan kadar dengupan dan mengimbangi berat anda secara sihat. Seseorang individu yang berjalan akan dapat meregangkan otot, memulihkan sendi, menaikkan kadar pernafasan dan pada masa yang sama mengeluarkan peluh. Jika berjalan laju memberi kesan yang banyak kepada tulang belakang, perlahankan sedikit dan berjalan secara mendaki untuk menaikkan kadar degupan dan yang paling penting, pernafasan anda haruslah betul supaya supaya tulang belakang dapat dilindungi.


Terapi berasaskan air

Sebarang senaman yang melibatkan aktiviti dalam air bukan sahaja melindungi tulang belakang malah berupaya membetulkan struktur tulang tersebut. Senaman dalam air menghasilkan rintangan seluruh badan tanpa kesan impak yang kuat. Berjalan, menari atau berenang dalam air tentu menyeronokkan.


Plank

Plank merupakan posisi di atas lantai seakan tekan tubi tetapi secara statik yang mengunakan keupayaan imbangan otot badan. Senaman ini menguatkan otot teras yang menyokong  tulang belakang sekaligus meredakan sakit tersebut. Haruslah diingatkan bahawa, semasa melakukan plank, posisi belakang anda hendaklah mendatar dan pernafasan yang betul bagi menghasilkan kesan kepada otot teras. Walaubagaimanapun, sebarang aktiviti yang melibatkan tulang belakang dan ketika sakit tulang belakang hendaklah mendapat nasihat khidmat doktor ataupun pakar bagi mengelakkan kemudaratan yang berpanjangan kepada anda. Jika disarankan untuk berehat, maka berehatlah dan jaga pemakanan.

Inilah senaman 'plank'




Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks