Pages

29 Sept 2012

BORDERTOWN, filem yang tidak berkesudahan

Pelakon: Jennifer Lopez, Antonio Banderas, Maya Zapata, Martin Sheen...
Pengarah: Gregory Nava 
Lakon Layar: Gregory Nava 
Durasi: 110 min.

MPAA Rated: R for violence including a brutal rape, sexuality, nudity and language


Filem Bordertown ini adalah berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Ciudad Juarez, Mexico. Ramai gadis dan perempuan (hampir 5000 orang) di Ciudad Juarez, Mexico telah diculik, dirogol, dibunuh, didera, namun sehingga hari ini, kes pembunuhan tersebut tidak juga dapat diselesaikan.

Dalam filem ini, Jenifer Lopez memegang watak seorang wartawan (Lauren Adrian) telah dihantar oleh syarikatnya untuk menyiasat tentang pembunuhan-pembunuhan yang berlaku di Ciudad Juarez.

Jenifer Lopez berjaya menemui pembunuh dengan bantuan mangsa rogol yang terselamat. Perogol dan pembunuh mangsa yang terselamat didakwa di mahkamah dan salah seorang daripada mereka terbunuh dalam kebakaran tetapi kes pembunuhan terus juga berlaku selepas itu. Itu yang misterinya....Siapa pembunuh yang sebenar?


Phenomenon of the female homicides in Ciudad Juárez

Di Ciudad Juarez, Chihuahua, Mexico, beribu-ribu perempuan dan gadis mati dibunuh sejak 1993. Ciudad Juarez merupakan bandar yang bersempadanan dengan Rio Grande, Texas, US. Di anggarkan lebih 5000 orang perempuan di Ciudad Juarez mati dibunuh sejak 1993. Kes pembunuhan tersebut mendapat perhatian antarabangsa kerana kegagalan pihak berkuasa untuk melindungi kaum wanita di situ dan kegagalan membawa pembunuh ke muka pengadilan.


Kebanyakan perempuan yang dibunuh bekerja di kilang di zon perdagangan bebas NAFTA yang lebih dikenali sebagai maquiladoras. Mereka bekerja dengan bayaran yang murah dan bekerja lebih masa. Mereka akan pulang lewat malam dengan menaiki bas kilang.


Kilang-kilang tersebut dipunyai oleh syarikat dari Amerika. Mereka membayar pekerja dengan bayaran yang sangat murah. Kes pembunuhan yang berlaku disembunyikan untuk mengelakkan perniagaan dan perjanjian dagangan bebas yang mereka tandatangani terjejas.

Ingin baca lebih lanjut, klik link di bawah:


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks

26 Sept 2012

PSY Akan Menari Gangnam Style Separuh Bogel Sekiranya ...


Penyanyi lagu Gangnam Style, Psy bersumpah akan membuat persembahan tarian menunggang kudanya "separuh bogel" di bandar raya Seoul jika lagu popularnya,  ‘Gangnam Style’ mengatasi carta Billboard, Amerika Syarikat.


Lagu Gangnam Style kini berada di tangga ke-11 di carta ‘Billboard Hot 100’.


"Jika saya menjadi nombor satu di Billboard, saya akan berani menari separuh bogel di depan orang ramai," Psy memberitahu sidang akhbar yang menyambut kepulangannya dari Amerika Syarikat.

"Saya akan memilih suatu tempat, lebih baik jika ia berada di depan Dewan Bandar Seoul," kata Park Jae-Sang. 

Penyanyi montel berumur 34 tahun menerima kemasyhuran antarabangsa apabila video "Gangnam Style"  tersebar ke seluruh dunia selepas dimuat naik di ‘YouTube’ pada pertengahan Julai tahun ini. Video ‘Gangnam Style’ telah memperoleh lebih daripada 270 juta penonton di tapak perkongsian video itu.

Kemunculan Psy di anugerah MTV di Los Angeles dan di rancangan-rancangan temu bual waktu perdana AS merangsangkan profilnya lagi dan mengalakkan ‘Gangnam Style’ ke tangga pertama di ‘iTunes Chart’ AS. 

Psy memberitahu pemberita yang dia masih terpegun oleh kejayaan lagu tunggalnya, yang dinyanyi oleh hampir semua orang di Korea. "Ini ialah waktu kegemilangan saya, dalam 12 tahun sejak saya muncul sebagai seorang penyanyi. Ini sungguh luar biasa ,dan saya bersyukur untuk semuanya," katanya.

Apabila ditanya mengenai perjalanannya ke Amerika Syarikat, yang melihat dia mengajar tarian kuda bagi Britney Spears yang terpegun di televisyen, Psy mengaku ada kalanya dia rasa rindu dengan kampung halamannya serta berasa sangat letih secara mental.

"Nostalgia ialah benda yang penting, dan benda yang lain ialah keperluan untuk berbahasa Inggeris sepanjang masa. Menterjemahkan temu duga dari bahasa Korea ke Inggeris dan sebaliknya menyebabkan saya alami sakit kepala yang teruk," katanya.

Walau bagaimanapun, dia mempunyai rancangan untuk satu lagu baru yang mana dia kata mungkin adalah satu campuran lagu hangat Koreanya yang akan dinyanyi dalam bahasa Inggeris.

"Saya mahu menjadi lebih daripada seorang lelaki Korea yang gila melakukan tarian menunggang kuda , dan dikenali sebagai seorang penyanyi Korea yang dapat memberi hiburan yang terus-menerus untuk berjam-jam," katanya.

Sumber: http://news.mylaunchpad.com.my/Local/BM/DalamNegeri/Article?Key=b27bce66-16cd-4825-a75d-ff5310e32d00
 


Terima Kasih

My Blogger TricksAll Blogger TricksLatest Tips and Tricks